AGENDA

PM rasmi Program Sentuhan Agro Madani peringkat Selangor

18 Jul 2023, 5:14 AM
PM rasmi Program Sentuhan Agro Madani peringkat Selangor

SABAK BERNAM, 18 JULAI: Perdana menteri hari ini melancarkan Program Sentuhan Agro Madani peringkat Selangor di MSekin Wonderland, Sekinchan di sini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program dianjurkan bagi membantu golongan petani dan nelayan sekali gus memudahkan penduduk mendapatkan bekalan makanan pada harga murah.

"Saya berharap program ini dapat membantu golongan nelayan dan petani. Ini sebahagian usaha kerajaan madani," katanya berucap pada program tersebut.

Anwar turut menyampaikan sumbangan Dana Tabung Hijrah Madani AgroBank kepada 20 surau dan masjid bernilai RM100,000 dan bantuan khas sumbangan tunai RM3.9 juta kepada 6,511 pesawah.

Beliau turut menyampaikan bantuan peralatan menangkap ikan berjumlah RM275,000 dan elaun sara hidup nelayan RM7.3juta.

Terdahulu Anwar tiba kira-kira jam 10 pagi disambut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619