AGENSI

Seminar hala tuju pendidikan lepas SPM di STDC Kuala Selangor 6 Julai

3 Jul 2023, 4:51 AM
Seminar hala tuju pendidikan lepas SPM di STDC Kuala Selangor 6 Julai

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 3 JULAI: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) akan menganjurkan seminar hala tuju pendidikan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 6 Julai ini.

Institusi pendidikan teknikal itu memaklumkan seminar yang akan berlangsung di Auditorium STDC Kuala Selangor itu bermula dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.

"Seminar percuma ini khusus untuk pelajar tingkatan 4, 5 dan lepasan SPM 2022.

"Ibu bapa pelajar digalakkan hadir dan sarapan serta makan tengah hari disediakan kepada peserta," katanya menerusi Facebook.

Menurut STDC seminar akan disampaikan pakar perunding hala tuju pendidikan berpengalaman.

Pelajar yang berminat boleh mendaftar melalui pautan bit.ly/HalaTujuPendidikanSPM.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619