AGENSI

Usahawan, agensi Selangor sertai persidangan halal Pulau Pinang, promosi produk negeri

28 Jun 2023, 9:28 AM
Usahawan, agensi Selangor sertai persidangan halal Pulau Pinang, promosi produk negeri

SHAH ALAM, 28 JUN: Lima agensi dan usahawan dari Selangor menyertai Persidangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (Pihec) 2023 dari 23 hingga 25 Jun lalu.

Pengurus Besar HIS Toyyiba Sdn Bhd Muhammad Syaril Showkat Ali berkata program di Spice Arena Bayan Lepas, Pulau Pinang itu bertujuan mempromosi produk halal dari negeri masing-masing.

Menurutnya, syarikat terlibat adalah Media Selangor Sdn Bhd, Invest Selangor, Institut Penasihat dan Penyelidikan dari Universiti Islam Selangor, GT Snack & Spice Distributors Sdn Bhd serta NIMS Adeliciousz Sdn Bhd.

"Ini kali kedua penyertaan delegasi Selangor ke Pihec dan sambutan sangat memuaskan terutama buat usahawan yang ingin menjalin kerjasama dalam hubungan perniagaan ke perniagaan (B2B).

"Alhamdulillah, ketika persidangan itu salah satu produk makanan ringan syarikat NIMS Adeliciousz Sdn Bhd dari Selangor turut dilamar Buroq Petrol Station and Mart untuk memasarkan produknya di utara.

"Ini pencapaian membanggakan buat Selangor dan insya-Allah kita akan cuba membawa lebih ramai usahawan bagi mempromosi produk halal mereka ke negara luar," katanya ketika dihubungi.

Muhammad Syaril berkata pihaknya juga menyasarkan penyertaan dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) dan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) akan datang.

"Rata-rata usahawan yang menyertai acara seperti ini memberi maklum balas positif kerana mereka dapat menjalinkan kerjasama selain mengembangkan lagi produk," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619