AGENSI

LPHS rancang laksana projek rumah mampu milik, tampung permintaan tinggi

27 Jun 2023, 4:43 AM
LPHS rancang laksana projek rumah mampu milik, tampung permintaan tinggi

SHAH ALAM, 27 JUN: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) merancang membangunkan kediaman mampu milik di tanah milikan bagi menampung permintaan tinggi dengan pemohonan setakat ini  mencecah 92,012.

Penolong pengarah kanannya berkata beberapa lokasi pembinaan Rumah Idaman dan Harapan dikenal pasti meliputi Alam Impian dan Glenmarie, Shah Alam selain Pulau Meranti dan Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

"Kita sedar permintaan rumah mampu milik tidak seimbang dengan bekalan yang ada, malah jumlah pendaftaran dalam senarai menunggu juga sangat ramai.

"LPHS proaktif laksana projek perumahan sendiri dengan memohon kepada Kerajaan Negeri untuk dapat hak tanah dan bayaran premium sudah dibuat," kata Mohd Faizal Abd Kadir ketika dihubungi.

Sementara itu, beliau menjelaskan tempoh sah pendaftaran ditawar kepada pemohon Rumah Selangorku selama dua tahun.

"Sekiranya proses menunggu tamat selepas tempoh itu, pemohon dianggap tidak aktif dan perlu membuat pendaftaran baru," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619