AGENDA

Kuarters berpusat RM350 sebulan, mudahkan majikan urus pekerja

26 Jun 2023, 6:07 AM
Kuarters berpusat RM350 sebulan, mudahkan majikan urus pekerja
Kuarters berpusat RM350 sebulan, mudahkan majikan urus pekerja

KLANG, 26 JUN: Kuarters pekerja berpusat (CLQ) yang dibangunkan di Bandar Sultan Suleiman, di sini akan mengenakan yuran bulanan sekitar RM350 seorang, maklum Dato' Menteri Besar.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari, setiap unit dilengkapi tiga bilik tidur, satu bilik air dan tempat makan khusus untuk kemudahan pekerja industri baik warga tempatan mahupun asing.

"Bayaran itu terpulang tetapi biasanya kita berurusan dengan syarikat sebab syarikat pegang permit pekerja. Tambahan pula, permohonan untuk dapat pekerja asing dimohon oleh syarikat.

"Syarikat juga mudah kawal pekerja mereka sekiranya tidak datang kerja, sakit atau ada masalah. Jadi mereka boleh tahu di mana pekerja itu tinggal," katanya dalam majlis pelancaran hari ini.

[caption id="attachment_589488" align="alignright" width="415"] Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada
majlis pecah tanah Laman Lestari di Bandar Sultan Suleiman, Klang pada 26 Jun 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY/SELANGORKINI[/caption]

Beliau turut menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Inter Great Sdn Bhd dan PKNS FM Integrated Sdn Bhd bagi pelaksanaan projek terbabit.

Amirudin turut mengingatkan kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan pembinaan CLQ, yang diinspirasikan dari Dubai dan Singapura mengikut jadual serta spesifikasi ditetapkan

"Insya-Allah setiap tugas diamanahkan dapat diselesaikan dengan sempurna sekiranya dibuat dengan penuh rasa tanggungjaweab dan nilai integriti yang tinggi," katanya lagi.

Kuarters itu turut menyediakan kemudahan asas seperti perabot, lampu, kipas, dapur elektrik, meja, kerusi, katil, tilam, bantal dan almari berkunci selain medan selera, surau serta ruang terbuka.

Dijangka bermula selewat-lewatnya hujung tahun ini, projek pembangunan Laman Lestari atas tanah seluas 4.35 ekar mampu memuatkan 5,712 pekerja tempatan dan asing di 336 unit kuarters.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619