AGENSI

MBI hulur bantuan motosikal, wang tunai ringan beban keluarga susah

23 Jun 2023, 10:08 AM
MBI hulur bantuan motosikal, wang tunai ringan beban keluarga susah
MBI hulur bantuan motosikal, wang tunai ringan beban keluarga susah

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 23 JUN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyantuni dan menyerahkan sumbangan bernilai RM11,200 kepada dua keluarga memerlukan di Ampang dan Gombak Setia semalam.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata sumbangan pertama berupa motosikal Honda Wave 110i bernilai RM5,500 diserahkan kepada keluarga asnaf di Kampung Tasek Tambahan, Ampang.

“Motosikal ini untuk kegunaan ibu beranak empat, Fatin Mawardi Kamal yang kini memangku tugas ketua keluarga selepas suaminya yang menghidap lelah terlibat dalam kemalangan dan sedang dalam pemulihan.

“Sumbangan zakat wakalah MBI ini bagi memudahkan Fatin Mawardi keluar mencari rezeki dan menguruskan empat anaknya,” kata Ahmad Azri Zainal Nor ketika dihubungi hari ini.

Turut bersama beliau ketika menyampaikan sumbangan ialah Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimate.

Menurut Ahmad Azri sumbangan kedua berupa wang tunai RM5,700 diberikan kepada keluarga Muhammad Abid Hilmi Ahmad Sukri, 17, yang koma akibat kemalangan jalan raya pada 19 November tahun lalu.

“Sumbangan itu diberikan di kediaman mereka di Taman Seri Gombak, Batu Caves bagi membantu kos perubatan Muhammad Abid Hilmi.

“Saya juga akan membantu mendapatkan zakat bulanan bagi meringankan beban kewangan keluarga ini yang meniaga di pasar malam,” katanya yang hadir ke kediaman tersebut bersama Penyelaras DUN Gombak Setia Rahim Kasdi.

[caption id="attachment_588899" align="alignnone" width="716"] Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia Rahim Kasdi menyerahkan sumbangan wang tunai kepada keluarga remaja koma, Abid Hilmi Ahmad Sukri, 17, di Taman Sri Gombak pada 22 Jun 2023. Foto Facebook MBI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619