AGENDA

KDEBWM: Aplikasi i-Clean tingkat kecekapan urus sampah, selesai aduan 24 jam

23 Jun 2023, 2:00 AM
KDEBWM: Aplikasi i-Clean tingkat kecekapan urus sampah, selesai aduan 24 jam
KDEBWM: Aplikasi i-Clean tingkat kecekapan urus sampah, selesai aduan 24 jam
KDEBWM: Aplikasi i-Clean tingkat kecekapan urus sampah, selesai aduan 24 jam

SUBANG JAYA, 22 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) menyelesaikan hampir 15,000 aduan yang diterima menerusi aplikasi i-Clean Selangor antara Januari hingga Mei tahun ini, kata pengarah urusannya.

Dato’ Ramli Mohd Tahir berkata aplikasi aduan pembuangan sampah secara dalam talian yang dibangunkan sejak 2016 itu membantu pihaknya menyelesaikan aduan orang ramai dengan cepat dan cekap.

“Aplikasi ini bukan sahaja mudah tetapi efisien kerana menghantar pelbagai aduan yang disalurkan terus ke pusat kawalan. Tindakan diambil dalam tempoh 24 jam sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal dan sampah di Selangor.

“Setakat ini, ada lebih 100,000 pengguna berdaftar yang aktif. Aplikasi ini memberi ruang kepada rakyat menghantar aduan seperti kutipan sampah tertinggal atau longkang tidak dibersihkan,” katanya ditemui selepas majlis anugerah PC.Com edisi ke-23 di Hotel Sunway Resort & Spa malam tadi.

Pada acara untuk mengiktiraf sumbangan sektor swasta anjuran Syarikat Media Reach Publishing itu , aplikasi i-Clean Selangor yang dibangunkan KDEBWM merangkul Anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik.

[caption id="attachment_588760" align="aligncenter" width="715"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir bercakap kepada media selepas majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23 di Hotel Sunway Resort & Spa, Subang Jaya pada 22 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan tidak semua aduan yang diterima itu dibawah bidang kuasa KDEBWM, sebaliknya diuruskan pihak berkuasa tempatan atau Jabatan Kerja Raya.

“Setiap aduan ini diambil kira namun jika bukan tanggungjawab KDEBWM, kita akan memberi penjelasan kepada pengguna supaya mereka faham.

“Justeru, kita mohon supaya rakyat Selangor muat naik aplikasi i-Clean Selangor supaya pihak kami dapat membantu jika sebarang masalah sekali gus dapat perbaiki mutu perkhidmatan,” katanya.

I-Clean Selangor memudahkan orang ramai melaporkan aduan kutipan sisa pepejal dan mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian.

Aplikasi itu memudahkan penduduk mengemukakan aduan pembersihan di kawasan mereka selain memohon perkhidmatan pembuangan sampah pukal.

Orang ramai boleh memuat turun aplikasi itu di Google Play dan App Store selain menghubungi khidmat pelanggan di talian 1-800-88-2824/019-375 9592 atau WhatsApp (019-2742824) supaya aduan diurus dengan lebih cepat dan tepat.

[caption id="attachment_588761" align="aligncenter" width="715"] Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir (empat,kiri) bergambar bersama kakitangan selepas menerima Anugerah Aplikasi Perkhidmatan Awam Terbaik menerusi sistem aduan pembuangan sampah dalam talian, i-Clean sempena majlis Anugerah PC.Com edisi ke-23 di Hotel Sunway Resort & Spa, Subang Jaya pada 22 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619