AGENSI

Sudut retro tarikan baharu Pustaka Raja Tun Uda

20 Jun 2023, 4:57 AM
Sudut retro tarikan baharu Pustaka Raja Tun Uda

SHAH ALAM, 20 JUN: Sudut retro yang mempamerkan pelbagai jenis barangan tahun 1980-an hingga 1990-an bakal menjadi tarikan baharu di Pustaka Raja Tun Uda di sini.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata sudut itu menjadi elemen pendidikan baharu terutama kepada generasi muda mengenai pelbagai barangan era berkenaan.

"Konsep retro ini akan mempamerkan pelbagai jenis barangan antik seperti televisyen lama, telefon, perkakas lama supaya generasi muda tahu bagaimana rupa bentuk barangan dengan fungsi sama yang mereka nikmati pada masa kini.

"Ini semua untuk pendidikan supaya mereka lebih menghargai apa yang kita ada kini," kata Datin Paduka Mastura Muhamad kepada Selangorkini.

Beliau menambah sudut tersebut ketika ini dipamerkan di Perpustakaan Awam Selangor, Sabak Bernam.

Sebelum ini, Mastura berkata PPAS beriltizam untuk terus menjadi nilai tambah kepada masyarakat dalam usaha membudayakan ilmu seiring dengan matlamat Kerajaan Negeri yang mengutamakan pendidikan bagi menjana pendapatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619