AGENSI

KDEBWM pertimbang ganjaran kepada penduduk laksana kitar semula

20 Jun 2023, 12:00 AM
KDEBWM pertimbang ganjaran kepada penduduk laksana kitar semula
KDEBWM pertimbang ganjaran kepada penduduk laksana kitar semula
KDEBWM pertimbang ganjaran kepada penduduk laksana kitar semula

SHAH ALAM, 20 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) mempertimbangkan untuk perkenal sistem ganjaran di pusat kitar semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom di sini.

Pengarah Urusannya Dato' Ramli Mohd Tahir berkata inisiatif itu bagi memberi galakan kepada penduduk di kawasan itu untuk mengamalkan aktiviti kitar semula.

[caption id="attachment_588080" align="alignleft" width="306"]
Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM), Dato’ Ramli Mohd Tahir pada majlis perasmian Pusat Kitar Semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada 19 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Kerajaan Negeri serta Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd sama ada mahu meletakkan sistem kod imbas QR di pusat kitar semula itu.

"Buat masa ini kita lihat dahulu perkembangan pusat kitar semula ini antara tiga atau empat bulan, selepas itu kita akan tambah baik termasuk mewujudkan sistem ganjaran sebagai memberi motivasi kepada penduduk.

"Kita akan letak pelekat imbasan QR, jadi apabila individu itu meletak barangan kitar semula di sini insentif akan diberi kepada mereka yang berdaftar menerusi imbasan QR berkenaan.

"Jika sambutan menggalakkan, kami rancang meneruskan konsep sama kepada sekurang-kurangnya dua atau tiga lagi lokasi pada tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Perasmian Pusat Kitar Semula PPR Kampung Baru Hicom di sini semalam.

EXCO Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail merasmikan majlis.

[caption id="attachment_587965" align="aligncenter" width="788"] Pusat Kitar Semula Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada 19 Jun 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu, KDEBWM memperuntuk RM20,000 bagi pembinaan pusat kitar semula berkonsep 'drop off' di PPR Kampung Baru Hicom, di sini yang dibuka sejak 1 April lalu.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619