AGENDA

Temu Anwar di Kelantan Ahad ini, orang ramai dipelawa hadir

16 Jun 2023, 1:39 PM
Temu Anwar di Kelantan Ahad ini, orang ramai dipelawa hadir

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sesi Temu Anwar di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Ahad ini.

Anwar menerusi catatan di Facebook beliau mengajak rakyat negeri itu khususnya anak muda, menyertai serta bertanya soalan pada sesi berkenaan.

“Peserta bebas melontarkan apa juga soalan ketika sesi ini diadakan dan saya akan menjawabnya,” katanya.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman http://temuanwar.com.

Temu Anwar adalah program dialog anak muda bersiri yang dilaksanakan sejak 2009, bagi memberi ruang kepada setiap lapisan masyarakat terutama anak muda mengutarakan persoalan secara langsung kepada pemimpin itu.

Sejak dilantik Perdana Menteri pada November lalu, Temu Anwar telah diadakan di beberapa negeri seperti Sabah, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619