AGENDA

Skim jaminan air tambah baik, tingkat bekalan jika berlaku gangguan tidak berjadual

15 Jun 2023, 7:25 AM
Skim jaminan air tambah baik, tingkat bekalan jika berlaku gangguan tidak berjadual

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 15 JUN: Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) dijangka mampu menambah baik dan meningkatkan bekalan air terutama jika berlaku pencemaran atau gangguan tidak berjadual.

Dijangka siap menjelang Oktober ini, Dato’ Menteri Besar berkata projek terbabit penting untuk menampung keperluan 1.6 juta akaun membabitkan tujuh juta pengguna selain sektor industri.

"Sebagai negeri termaju di Malaysia, sudah tentu Kerajaan Negeri Selangor sentiasa memberi perhatian dan peka terhadap usaha menambah baik mutu perkhidmatan bekalan air.

"Dengan pelaksanaan SJAM bekalan air akan terus ditingkatkan dan ditambah baik terutama jika berlaku pencemaran dan gangguan tidak berjadual," kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Menurut beliau SJAM yang akan melalui proses percubaan iaitu simulasi operasi sebelum dijangka berfungsi sebaiknya awal tahun depan.

Projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri dilaksana selepas Selangor berdepan banyak insiden gangguan bekalan air hingga menjejaskan rutin harian.

Belanjawan Selangor 2023 memperuntuk RM332 juta untuk menjayakan SJAM termasuk RM100 juta yang dikhaskan bagi menjamin operasi loji rawatan air jika berlaku pencemaran.

Skim berkenaan turut merangkumi beberapa langkah penyelesaian lain antaranya pindaan enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan pemantauan skuad pantas agensi berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619