AGENDA

Festival Bon Odori kembali Julai ini, diserikan tarian kebudayaan, muzik tradisi Jepun

14 Jun 2023, 1:00 PM
Festival Bon Odori kembali Julai ini, diserikan tarian kebudayaan, muzik tradisi Jepun
Festival Bon Odori kembali Julai ini, diserikan tarian kebudayaan, muzik tradisi Jepun
Festival Bon Odori kembali Julai ini, diserikan tarian kebudayaan, muzik tradisi Jepun

SHAH ALAM, 14 JUN: Festival kebudayaan Jepun, Bon Odori 2023 dijadual berlangsung di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 22 Julai ini.

Tourism Selangor memaklumkan acara tahunan yang memasuki tahun ke-47 itu bakal diserikan dengan pelbagai pengisian menarik.

“Antara program di Bon Odori 2023 adalah tarian kebudayaan dan persembahan alat muzik tradisi Jepun 'wadaiko'.

“Masuk adalah percuma namun penganjur berhak menetapkan had maksima kehadiran pengunjung mengikut keluasan kawasan,” katanya yang diterjemah menerusi poster di Facebook.

[caption id="attachment_530611" align="aligncenter" width="761"] Gelagat pengunjung sempena Festival Bon Odori di Kompleks Sukan Negara Shah Alam pada 16 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Tourism Selangor menambah, pihak penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas ulang alik secara percuma antara lokasi penganjuran dan KTM Shah Alam mulai 4 petang hingga 10 malam.

Menurutnya, edisi kali ini juga bakal meraikan ulang tahun ke-60 Kelab Jepun Kuala Lumpur dan ulang tahun ke-50 persahabatan antara Asean dan negara matahari terbit itu.

Pada 8 Jun tahun lalu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berpandangan Festival Bon Odori merupakan perayaan kebudayaan bagi mengeratkan semangat muhibah antara rakyat dengan komuniti Jepun yang bekerja dan bermastautin di negara ini.

Baginda turut menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) supaya tidak menyekat program berkenaan dan menghadiri festival tersebut bagi mendapatkan gambaran sebenar, selain memastikan sambutannya tidak merosakkan akidah umat Islam.

Ia susulan kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebelum ini yang mengingatkan umat Islam tidak menyertai program yang bertentangan dengan hukum syarak termasuk Festival Bon Odori.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619