AGENDA

2,000 jemaah haji Selangor terima vaksin pneumokokal percuma

9 Jun 2023, 8:37 AM
2,000 jemaah haji Selangor terima vaksin pneumokokal percuma

OLEH DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 9 JUN: Seramai 2,000 jemaah haji dari negeri ini menerima vaksin pneumokokal secara percuma menerusi program Vaksin Selangor (Selvax), maklum Dato’ Menteri Besar.

Mula dilaksanakan bulan lalu, Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan inisiatif disediakan pentadbiran negeri bagi melindungi jemaah haji daripada jangkitan paru-paru.

"Seramai 2,000 jemaah haji dari Selangor dapat menerima vaksin pneumokokal secara percuma, yang disediakan Kerajaan Negeri bawah Selvax. Ia demi membantu melindungi jemaah haji dari jangkitan paru-paru," katanya di Facebook hari ini.

Pada 18 Mei, Dato' Menteri Besar mengumumkan jumlah vaksin pneumokokal yang diberikan secara percuma kepada jemaah haji negeri ini ditingkatkan kepada 2,000 dos.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata tambahan 500 dos berikutan sambutan menggalakkan daripada jemaah dan diharap membela kesihatan mereka untuk menjalankan ibadah tahun ini.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619