ADN

23 kali anjur jualan murah, DUN Kota Damansara rancang lagi enam lokasi

4 Jun 2023, 8:23 AM
23 kali anjur jualan murah, DUN Kota Damansara rancang lagi enam lokasi
23 kali anjur jualan murah, DUN Kota Damansara rancang lagi enam lokasi

Oleh Shamz Johan

PETALING JAYA, 4 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara mengadakan 23 program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) sejak Januari berikutan permintaan tinggi penduduk.

Wakil rakyatnya berkata pihaknya merancang enam lagi lokasi jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) sehingga akhir bulan ini.

"Kebanyakan pengundi di sini terdiri daripada keluarga B40 dan bergaji rendah.

[caption id="attachment_584976" align="alignleft" width="345"] ADN Kota Damansara Shatiri Mansor[/caption]

"Inisiatif kerajaan negeri ini banyak membantu mereka sejak (JER) dianjurkan," kata Shatiri Mansor pada JER di Dewan Budiman, Taman Subang Baru di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 300 penduduk beratur sejak jam 7.30 pagi walaupun jualan bermula lewat akibat hujan lebat selain 1,500 ayam habis dijual dalam tempoh satu jam setengah.

Menurut Shatiri, pihaknya akan sentiasa memberi tumpuan kepada program kemasyarakatan dan kebajikan bagi meringankan beban penduduk.

"Kita faham dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup tinggi sekarang, justeru, kita mahu fokus projek atau program sebegini yang mana memberi lebih manfaat buat penduduk khususnya pengundi Kota Damansara.

"Kita juga libatkan pimpinan setempat tanpa mengira fahaman politik," katanya lagi.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Orang ramai boleh melayari pautan http://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619