AGENSI

PWB DUN Taman Templer rai golongan ibu, rancang program jana pendapatan

3 Jun 2023, 8:53 AM
PWB DUN Taman Templer rai golongan ibu, rancang program jana pendapatan
PWB DUN Taman Templer rai golongan ibu, rancang program jana pendapatan

Oleh Shamz Johan

SELAYANG, 3 JUN: Lebih 200 wanita dirai pada Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Hari Ibu 2023 anjuran Pusat Wanita Berdaya (PWB) Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer di sini, hari ini.

Penyelianya Nusaybah Norbawi berkata objektif program adalah bagi memberi penghargaan kepada golongan wanita selain mengeratkan silaturahim.

"Kita juga ingin menyelaras gerak kerja di peringkat DUN dan merancang pelbagai program-program bersama Wanita Berdaya Selangor (WBS) dan juga pihak-pihak lain.

"Pihak kami sentiasa melaksana pelbagai program dari semasa ke semasa untuk menjana pendapatan golongan ibu," katanya selepas majlis perasmian.

Program turut diserikan dengan pertandingan membuat 'Rantai Terpanjang', 'Catwalk', pakaian tercantik dan cabutan bertuah.

Terdahulu, majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu dengan simbolik acara memotong kek.

Turut hadir Ahli Dewan Negeri DUN Taman Templer Sany Hamzan, Ahli Lembaga Pengarah WBS Rawiyiah Zakaria dan Presiden Pertubuhan Kebajikan Sukarelawan Setia Prihatin Malaysia (KSSPM) Datin Reny Rahayu Mohd Ishak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619