AGENDA

Pekerja kuari maut dihempap bongkah batu 10 tan

28 Mei 2023, 12:10 AM
Pekerja kuari maut dihempap bongkah batu 10 tan

IPOH, 28 MEI: Pemandu jengkaut ditemukan maut selepas dipercayai dihempap bongkah batu seberat 10 tan di sebuah kawasan kuari dekat Simpang Pulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata kejadian berlaku antara 12 hingga 1 tengah hari itu dipercayai ketika mangsa lelaki berusia 48 tahun berasal dari Gerik, Perak sedang menjalankan kerja pembersihan batu di dalam kawasan kuari.

Beliau berkata ketika bekerja, sebuah bongkah seberat 10 tan dari ketinggian 25 meter jatuh dan terus menghempap kokpit mangsa menyebabkan mangsa tersepit dalam kokpit jentera berat berkenaan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan selepas kerja mengeluarkan batu kuari itu dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 6.45 petang,” katanya.

Yahaya berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619