EXCO

Kerjasama Jais - Hijrah bantu usahawan teroka potensi produk halal

24 Mei 2023, 9:00 AM
Kerjasama Jais - Hijrah bantu usahawan teroka potensi produk halal

PETALING JAYA, 24 MEI: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menawarkan Kursus Persediaan Persijilan Halal bagi meningkatkan nilai pasaran produk usahawan.

EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail berkata program kali pertama diadakan tahun ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Program ini untuk menggalakan usahawan merebut peluang mendapatkan sijil halal memandangkan potensi halal negeri semakin berkembang.

"Mereka akan diberi pendedahan mengenai industri halal di Selangor. Hijrah juga mengajar teknik pemasaran melalui media sosial untuk memastikan perniagaan lebih maju,” katanya.

Rodziah berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Kursus Persediaan Persijilan Halal Hijrah Selangor 2023 di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya, di sini hari ini.

Menurut beliau, kursus berkenaan akan diperluas kepada pengusaha bukan Islam untuk menggalakkan mereka meneroka potensi pertumbuhan produk halal dalam perniagaan.

“Hijrah Selangor merupakan platform agensi kerajaan sejak 13 tahun dahulu, sudah sampai masa untuk mengembangkan khidmat melalui penyediaan latihan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619