ADN

Penyandang DUN Taman Templer tidak pertahan kerusi pada PRN akan datang

21 Mei 2023, 3:34 AM
Penyandang DUN Taman Templer tidak pertahan kerusi pada PRN akan datang

Oleh AZIAN AZIZ

GOMBAK, 21 MEI: Ahli Dewan Negeri Taman Templer mengumumkan tidak mempertahankan kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Mohd Sany Hamzan berkata keputusan itu dibuat bagi menghormati arahan Parti Amanah Negara (Amanah) yang mensyaratkan ahlinya tidak boleh bertanding dua kerusi.

"Berat hati saya nak meninggalkan Taman Templer ni kerana ada kalangan penduduk di sini yang saya anggap seperti keluarga tetapi saya doakan Insya Allah pengganti saya selepas ini lebih baik dan mampu menjalankan tanggungjawab serta membawa suara masyarakat di sini.

"Saya juga akan menumpukan tanggungjawab besar di Parlimen Hulu Langat bagi memastikan masalah infrastruktur, pembangunan dan lain-lain dapat dibantu untuk diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka Parlimen Selayang dan DUN Taman Templer di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang malam tadi.

Ditanya mengenai masalah atau isu yang dapat diselesaikan sepanjang bertugas di DUN Taman Templer, Mohd Sany berkata antaranya masalah banjir, kesesakan lalu lintas, lampu jalan, projek perumahan terbengkalai, sampah serta jalan berlubang.

"Satu lagi saya juga dapatkan kelulusan Kerajaan Negeri untuk projek pembinaan dewan orang ramai yang boleh memuatkan empat gelanggang badminton bernilai lebih RM5 juta di sekitar kawasan pentadbiran Selayang yang pecah tanahnya dijangka Julai ini.

"Sebelum ini Taman Templer memang tak ada dewan sendiri dan terpaksa guna balai raya yang tidak begitu besar," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619