AGENDA

Empat individu bertopi keledar dicari, kes lelaki maut ditembak di kepala

20 Mei 2023, 9:40 AM
Empat individu bertopi keledar dicari, kes lelaki maut ditembak di kepala

SHAH ALAM, 20 MEI: Polis memburu empat individu bertopi keledar bagi membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki tempatan maut dengan beberapa kesan tembakan di bahagian kepala berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata semua lelaki itu diburu berdasarkan maklumat daripada saksi bahawa terdapat empat individu bertopi keledar dengan pelindung mata atau visor gelap berada di tempat kejadian.

"Kita giat mengesan mereka dengan motif kejadian masih dalam siasatan. Setakat ini, tujuh individu telah diambil keterangan dan siasatan dilakukan dalam segenap aspek.

"Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis," katanya dalam kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan seorang lelaki maut dengan empat kesan tembakan di bahagian kepala, dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat, pada 11.30 malam 18 Mei lalu.

Ahmad Ridhwan berkata mangsa berusia 39 tahun yang memiliki 13 rekod jenayah lampau itu disahkan maut di tempat kejadian akibat pendarahan di kepala, dan unit forensik turut menjumpai lima kelongsong peluru di sekitar kawasan kejadian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619