PBT

MPK tawar kursus gunting rambut lelaki serendah RM50 pada 28 Mei

19 Mei 2023, 2:00 PM
MPK tawar kursus gunting rambut lelaki serendah RM50 pada 28 Mei
MPK tawar kursus gunting rambut lelaki serendah RM50 pada 28 Mei

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 19 MEI : Orang ramai boleh mengikuti kursus asas gunting rambut lelaki dengan bayaran serendah RM50 anjuran Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 28 Mei.

Kursus sehari bawah program Pemberdayaan Komuniti Daerah Klang dijadual berlangsung di Dewan Mini Auditorium E-Library di Jalan Tengku Kelana, Klang mulai 9 pagi hingga 3 petang.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan kursus yang dibimbing tenaga pengajar berpengalaman dari Walter College ditawarkan kepada penduduk berumur antara 25 hingga 45 tahun.

"Penyertaan adalah terhad kepada 40 peserta dan syarat serta borang pendaftaran boleh didapatkan pada imbasan QR code yang telah disediakan," maklumnya melalui Facebook.

Menurut MPK, peserta juga dibekalkan dengan e-Book pembelajaran yang lengkap sebagai rujukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619