AGENDA

Wanita dicari bantu siasatan kes dera bayi di taska

16 Mei 2023, 1:56 AM
Wanita dicari bantu siasatan kes dera bayi di taska

JOHOR BAHRU, 16 MEI: Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima satu laporan polis daripada orang awam susulan menerima satu video tular di WhatsApp.

"Video tersebut menunjukkan seorang wanita telah mengasari bayi yang umurnya tidak pasti.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di satu daripada taska di kawasan Mutiara Rini," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu dikehendaki tampil ke bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri bagi membantu siasatan.

Semalam tular dua video di aplikasi WhatsApp yang menunjukkan seorang perempuan mengasari badan seorang bayi yang sedang menangis.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619