AGENDA

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu

14 Mei 2023, 4:39 AM
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu di Malaysia.

Turut menitipkan ucapan yang sama ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan Seri Paduka berdua dizahirkan menerusi poster Selamat Hari Ibu yang dimuat naik di Facebook Istana Negara hari ini.

“Selamat Hari Ibu. Ibu, suri hatiku,” demikian menurut catatan di poster berkenaan.

Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun. - BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619