AGENDA

Lebih 15,000 pengunjung rumah terbuka Malaysia Madani di Kelantan

12 Mei 2023, 2:41 PM
Lebih 15,000 pengunjung rumah terbuka Malaysia Madani di Kelantan

KOTA BHARU, 12 MEI: Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kelantan disambut meriah lebih 15,000 pengunjung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, malam ini.

Ramai mengambil kesempatan bersalaman dan berswafoto dengan pemimpin nombor satu negara itu, di samping turut mendekati dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof yang hadir sama.

Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Kira-kira 14 jenis juadah disajikan kepada orang ramai pada majlis itu seperti lauk kambing, sate, lemang, ketupat, rendang, pelbagai jenis masakan mi dan laksa, kuih-muih dan sebagainya.

Suasana kemeriahan itu turut diceriakan dengan persembahan hiburan muzik dan lagu-lagu bertemakan Hari Raya Aidilfitri.

Selain Kelantan, Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri sebelum ini telah diadakan di Kedah pada 29 April, Pulau Pinang (6 Mei), serta Negeri Sembilan (7 Mei), manakala di Terengganu ia akan diadakan esok (13 Mei) dan Selangor (14 Mei).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619