AGENDA

Lelaki hina Islam, persenda ucapan salam ditahan polis

10 Mei 2023, 10:43 AM
Lelaki hina Islam, persenda ucapan salam ditahan polis

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki menghina agama Islam dengan mempersenda ucapan salam susulan satu klip video berhubung kes itu tular di media sosial.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata suspek berusia 40 tahun itu ditahan di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Beliau berkata PDRM turut merampas dua telefon bimbit dan tiga keping sim kad milik suspek.

Menurut Noorsiah kes berkenaan disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

Selain itu, ia turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“Suspek juga direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, sejak Task Force Siasatan 35R (Ruler/Religion/Race) ditubuhkan pada 22 Mac lepas, 18 kertas siasatan telah dibuka dan 12 individu ditahan.

Noorsiah berkata kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“PDRM menasihatkan orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial dengan mengeluarkan kenyataan mempersenda yang boleh menimbulkan kemarahan dan rasa benci, mencetuskan ketidakharmonian dan perpaduan kaum, bangsa, agama bahkan boleh menyentuh sensitiviti sistem beraja.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619