AGENDA

Empat mat rempit ditahan merusuh, pukul polis ketika bertugas

26 Apr 2023, 12:25 PM
Empat mat rempit ditahan merusuh, pukul polis ketika bertugas

JOHOR BAHRU, 26 APRIL: Polis menahan empat individu dipercayai merusuh dan memukul seorang anggota polis yang sedang menjalankan tugas Op Selamat di Kilometer 7, Jalan Kulai-Kota Tinggi, pada 23 April lepas.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kesemua suspek warga tempatan berusia 23 hingga 39 tahun itu dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram, ditahan di sekitar bandar raya ini dan Kulai semalam.

Beliau berkata tangkapan dibuat susulan laporan polis yang dibuat anggota terbabit pada hari kejadian pada pukul 3.04 petang.

“Anggota polis berkenaan membuat laporan polis mengatakan dirinya telah dipukul oleh sekumpulan penunggang motosikal ketika menjalankan tugas Op Selamat.

“Hasil siasatan awal keempat-empat individu itu mengaku terlibat dalam kejadian merusuh tersebut dan perlumbaan haram,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati tiga daripada empat suspek berkenaan mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan penyalahgunaan dadah.

Kesemua individu itu direman selama empat hari bermula semalam (25 April) dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619