AGENSI

MBI serah sumbangan RM13,000 baiki kerosakan Flat Kelompok Camar

14 Apr 2023, 1:00 AM
MBI serah sumbangan RM13,000 baiki kerosakan Flat Kelompok Camar

Oleh AZIAN AZIZ

AMPANG, 14 APRIL: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyerahkan sumbangan RM13,000 untuk membaiki tangki air dan saluran paip bocor di Flat Kelompok Camar, Kampung Tasek Permai di sini semalam.

Sumbangan itu diserahkan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal kepada Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) flat berkenaan, Mohd. Khairul Annuar Mohd. Suhaimi dalam program Iftar Perdana dan Jalinan Ihsan Wahana Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Pada majlis itu MBI turut menyumbangkan 100 bakul makanan mengandungi barangan dapur untuk keluarga memerlukan di flat berkenaan yang disampaikan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai Ng Sze Han.

Ahmad Azri berkata beliau mengetahui masalah kebocoran tangki air berkenaan selepas mendapat aduan melalui WhatsApp dan telah melakukan lawatan ke flat tersebut pada 28 Mac lalu.

"Selepas menerima aduan saya semak dengan ahli majlis bagi memastikan masalah itu berlaku.

"Kemudian saya datang melawat untuk melihat keadaan tangki air dan saluran paip yang bocor dan bersetuju untuk meluluskan dana bantuan sebanyak RM13,000 bagi menampung kos baik pulih," katanya selepas berbuka puasa dengan lebih 200 penduduk di flat berkenaan.

Flat Kelompok Camar yang telah berusia 20 tahun mempunyai dua blok dan setiap blok mempunyai 100 pintu dan masing-masing dihuni kira-kira 400 orang.

Selain MBI turut menyumbang kos baik pulih di flat tersebut ialah Pejabat DUN Teratai dengan jumlah RM10,000. Flat tersebut terletak di dalam Zon 19 MPAJ.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619