AGENDA

Pengajar kelas renang berdepan 32 pertuduhan rogol anak tiri, didakwa esok

13 Apr 2023, 4:56 AM
Pengajar kelas renang berdepan 32 pertuduhan rogol anak tiri, didakwa esok

MELAKA, 13 APRIL: Seorang lelaki yang dipercayai merogol anak tirinya berusia 16 tahun bakal berdepan dengan 32 pertuduhan rogol, amang seksual dan seks menggunakan objek di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, esok.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata lelaki berusia 36 tahun itu yang bekerja sebagai pengajar kelas renang, akan dituduh esok selepas menerima arahan pertuduhan daripada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).

“Kes ini telah dirujuk kepada PPN dan arahan untuk pendakwaan telah dikeluarkan pada esok iaitu 12 pertuduhan rogol di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

“Suspek juga akan didakwa bagi 12 pertuduhan melakukan amang seksual mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan lapan pertuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek dibawah Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zainol berkata bagaimanapun, isteri suspek berusia 40 tahun yang turut ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan akan dijadikan saksi pendakwaan.

Beliau berkata siasatan polis mendapati remaja itu menjadi mangsa rogol bapa tirinya sejak 2020 dan kejadian dipercayai berlaku di kediaman mereka.

Pada Ahad lepas, media melaporkan polis menahan bapa tiri dan ibu kandung mangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) sebaik tiba dari Sabah sebelum direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol anak perempuan mereka.

Disebabkan kes itu, remaja berkenaan bertindak melarikan diri dari rumah dan ditemui di Perak selepas lebih dua minggu dilaporkan hilang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619