AGENDA

Bapa didakwa bunuh anak kandung usia enam bulan

6 Apr 2023, 3:27 AM
Bapa didakwa bunuh anak kandung usia enam bulan

IPOH, 6 APRIL: Seorang pembantu perubatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi kandungnya yang berusia enam bulan, Mac lepas.

Zahrul Ashrik Zulkaflee, 30, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Jesseca Daimis kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, penjawat awam itu didakwa membunuh Muhammad Zakir Asyraf yang berusia enam bulan di sebuah rumah di Kampung Kepayang, Fairpark di sini kira-kira 10 malam, 17 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Syahirah Azahar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jesseca kemudian menetapkan 12 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619