AGENDA

JAS keluar kompaun RM6 juta terhadap 4,364 premis industri

3 Apr 2023, 9:43 AM
JAS keluar kompaun RM6 juta terhadap 4,364 premis industri

PUTRAJAYA, 3 APRIL: Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengeluarkan sebanyak 3,355 kompaun bernilai RM6 juta ke atas 4,364 premis perindustrian di seluruh negara menerusi Operasi (Ops) Gempur 2022, menurut jabatan itu.

JAS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kompaun yang dikeluarkan itu melibatkan pelbagai pelanggaran peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Selain kompaun, mana-mana premis perindustrian yang gagal mematuhi akta terbabit akan diberi notis arahan, penahanan operasi, perintah larangan dan penggantungan lesen, menurut JAS.

“Pelaksanaan Ops Gempur ini adalah usaha berterusan JAS dalam menjayakan serta memastikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang merupakan tanggungjawab dan komitmen semua pihak,” kata JAS.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619