AGENDA

Kerajaan lanjut pakej galakan cukai, pacu industri aeroangkasa

3 Apr 2023, 7:45 AM
Kerajaan lanjut pakej galakan cukai, pacu industri aeroangkasa

SHAH ALAM, 3 APRIL: Kerajaan akan melanjutkan pakej galakan cukai bagi memacu industri aeroangkasa di negara ini, kata timbalan menteri kewangan.

Steven Sim Chee Keong berkata inisiatif itu seiring hasrat menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bidang itu serta pusat penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

"Industri ini dipandu Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 yang menyasarkan untuk menjana pendapatan RM55.2 bilion dan pekerjaan mahir berpendapatan tinggi kepada 32,000 rakyat Malaysia menjelang 2030.

"Bagaimanapun kita sedar bahawa sektor ini masih jauh daripada sasaran. Oleh itu, pakej galakan industri aeroangkasa akan dilanjutkan dengan penambahbaikan," katanya dalam sesi penggulungan di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Steven Sim berkata kerajaan mengambil maklum idea dan cadangan insentif untuk industri perfileman termasuk pempengaruh.

"Kita faham (industri perfileman dan pempengaruh) akan mendapat pendapatan melalui aktiviti yang dilaksanakan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619