AGENDA

31,600 bakal haji digesa jawab surat tawaran dalam tempoh tujuh hari

26 Mac 2023, 8:48 AM
31,600 bakal haji digesa jawab surat tawaran dalam tempoh tujuh hari

KUALA LUMPUR, 26 MAC: Lembaga Tabung Haji (TH) menggesa 31,600 bakal haji supaya segera menjawab surat tawaran haji bagi musim 1444H/2023M yang dikeluarkan kepada mereka, bermula 22 Mac lalu.

Pengarah Eksekutif (Haji) TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pihaknya memohon kerjasama semua bakal haji tahun ini untuk memberi jawapan sama ada setuju atau tidak menerima tawaran haji, dalam masa tujuh hari bekerja daripada tarikh surat berkenaan dikeluarkan.

"Bakal haji Malaysia boleh melayari www.thijari.com.my dan memuat turun aplikasi ThiJARI untuk menyemak serta menjawab tawaran haji yang telah dikeluarkan," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua bakal haji terpilih perlu mencukupkan wang mengikut jumlah bayaran haji yang tertera dalam surat tawaran di akaun TH serta mendapatkan Buku Rekod Rawatan di mana-mana cawangan TH berhampiran bagi membolehkan pemeriksaan kesihatan dilakukan.

“Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di hospital, klinik kerajaan atau swasta yang diiktiraf Kementerian Kesihatan dan semua bakal haji diwajibkan lulus pemeriksaan kesihatan bagi memperoleh visa haji sebagaimana ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

“Setelah selesai pemeriksaan kesihatan, semua bakal haji diminta menghantar jawapan surat tawaran haji, buku rekod rawatan dan pasport antarabangsa ke mana-mana pejabat cawangan TH berhampiran," katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai perkhidmatan TH, boleh layari www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) menerusi talian 03-6207 1919.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619