AGENSI

PKNS bantu ringankan beban gelandangan, serah bakul makanan sempena Ramadan

24 Mac 2023, 6:00 AM
PKNS bantu ringankan beban gelandangan, serah bakul makanan sempena Ramadan

SHAH ALAM, 24 MAC: Seramai 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyantuni dan menyerahkan bakul makanan kepada golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Agensi itu memaklumkan program terbabit adalah sebahagian daripada lima siri inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi program Ramadan Kasih PKNS.

“Ini merupakan sebahagian daripada lima siri program CSR yang dinamakan Ramadan Kasih PKNS pada Ramadan tahun ini.

“Seramai 30 sukarelawan PKNS yang terdiri daripada kakitangan pelbagai bahagian, turun padang untuk menyantuni dan menyerahkan sumbangan raga makanan kepada warga gelandangan sekitar Jalan Chow Kit dan Jalan Tunku Abdul Rahman," katanya menerusi Facebook hari ini.

Program itu diketuai Ketua Pegawai Korporat Idris Ishak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wang Zakat PKNS dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat, Sapna Turmidi.

Kenyataan itu berkata PKNS memperuntukkan RM10,000 bagi sumbangan barangan makanan kering selain dana untuk menambah baik pusat tuisyen anak-anak jalanan yang dikendali Pertubuhan Jejak Jalan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619