PBT

MBSA buka kaunter bergerak di Lotus's Setia Alam Sabtu ini

23 Mac 2023, 2:40 AM
MBSA buka kaunter bergerak di Lotus's Setia Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 23 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan kaunter bayaran bergerak di pekarangan tempat letak kereta Lotus's Setia Alam, Seksyen U13 di sini, Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam berkata perkhidmatan Shah Alam On Wheels (SAOW) akan beroperasi bermula 11 pagi hingga 3 petang.

"Ia merupakan platform untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

"Pejabat bergerak ini menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, semakan status lesen komposit dan penjaja," kata Shahrin Ahmad.

Beliau berkata melaluinya MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619