AGENDA

Mangsa banjir di Batu Pahat semakin berkurang, Segamat pulih

19 Mac 2023, 9:48 AM
Mangsa banjir di Batu Pahat semakin berkurang, Segamat pulih

JOHOR BAHRU, 19 MAC: Jumlah mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun, manakala daerah Segamat pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan seramai 15,907 orang masih ditempatkan di 68 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang ini, berbanding 17,125 orang yang direkodkan pada 8 pagi tadi.

"Dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Pasir Puteh di Batu Pahat; dan Balai Raya Batu Badak di Segamat telah pun ditutup berikutan banjir telah surut," menurut jawatankuasa itu.

Sebanyak tiga sungai di Batu Pahat berada pada tahap amaran iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini berada pada paras 19.09meter (m), Empangan Sembrong di Sungai Sembrong dengan bacaan 11.24m serta Sungai Senggarang di Senggarang dengan bacaan 3.34m.

Cuaca di tujuh daerah diramalkan cerah pada petang ini kecuali Johor Bahru, Pontian dan Batu Pahat yang diramalkan hujan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619