ADN

DUN Sabak agih baucar bantuan sekolah, sah guna beli kelengkapan raya

19 Mac 2023, 8:41 AM
DUN Sabak agih baucar bantuan sekolah, sah guna beli kelengkapan raya

SABAK BERNAM, 19 MAC: Seramai 200 pelajar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak menerima sumbangan bantuan Program Kembali ke Sekolah hari ini.

Wakil rakyatnya berkata meskipun baucar disampaikan menjelang pembukaan sekolah esok, ia masih boleh digunakan bagi melengkapkan barangan persekolahan anak-anak.

“Jika ada yang sudah beli semua kelengkapan sekolah, kita benarkan untuk ibu bapa menggunakan baucar tersebut bagi membeli persiapan Hari Raya.

“Kita tidak mahu ada pembaziran. Jadi, anggaplah ia sebagai hadiah daripada pihak DUN Sabak untuk bantu meringankan beban rakyat,” kata Ahmad Mustain Othman.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian baucar berkenaan pada program Jelajah Kita Selangor Penyayang daerah Sabak Bernam di Bagan Terap. Bantuan disampaikan EXCO Kemudahan Awam Ir Izham Hashim.

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM1.68 juta menerusi program Kembali ke Sekolah pada tahun ini.

Sumbangan berbentuk baucar itu dijangka memanfaatkan seramai 16,800 pelajar sekolah rendah yang berkelayakan, dari 56 DUN seluruh negeri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619