ADN

Mohon baucar beli-belah Aidilfitri DUN Teratai Isnin depan

17 Mac 2023, 9:00 AM
Mohon baucar beli-belah Aidilfitri DUN Teratai Isnin depan
Mohon baucar beli-belah Aidilfitri DUN Teratai Isnin depan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 17 MAC: Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai yang layak boleh memohon baucar Jom Shopping Aidilfitri secara dalam talian pada 20 dan 21 Mac depan.

Penolong Penyelaras Pusat Khidmat berkata pihaknya memperuntuk kuota 550 keluarga bakal menerima baucar berjumlah RM200 tahun ini.

"Tahun ini semua permohonan hanya diterima melalui dalam talian berdasarkan prinsip 'siapa cepat dan menepati syarat yang ditetapkan, dia dapat'.

"Berdasarkan pengalaman lepas, permohonan yang diterima melebihi 1,500 walaupun baucar hanya 550, jadi kami buka permohonan dalam talian bagi memudahkan proses saringan dan lebih adil.

"Permohonan hanya dibuka dua hari dan tarikh tutup ialah pukul 8 malam 21 Mac," kata Mohd Firdaus Babh menambah pengagihan baucar dibuat di NSK Paragon Mall pada April.

Menurut beliau, pihaknya menampal poster peringatan selama dua minggu di surau, masjid, kumpulan WhatsApp penduduk dan banyak lagi sebagai makluman.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kadar baucar Jom Shopping Perayaan dinaikkan daripada RM100 kepada RM200 setiap keluarga.

Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri menganggarkan 82,400 penerima bagi program ini yang akan diperuntukkan sebanyak RM16.8 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619