AGENSI

80 peratus usahawan Hijrah komited lunaskan pinjaman walaupun berdepan masalah

15 Mac 2023, 12:02 AM
80 peratus usahawan Hijrah komited lunaskan pinjaman walaupun berdepan masalah
80 peratus usahawan Hijrah komited lunaskan pinjaman walaupun berdepan masalah

Oleh DIANA ABD WAHAB

SHAH ALAM, 15 MAC: Kira-kira 80 peratus usahawan Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) melunaskan bayaran balik pinjaman menerusi pelbagai pembiayaan disediakan agensi berkenaan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya Normaiza Yahya berkata angka positif itu membuktikan usahawan komited mengekalkan prestasi mereka terutama ketika membuat bayaran balik.

[caption id="attachment_571812" align="alignleft" width="318"] Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah), Normaiza Yahya. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Pada peringkat awal disiplin kredit bayaran balik usahawan sangat baik namun bila berlaku penularan pandemik Covid-19 ia sedikit terjejas.

“Ia berikutan apabila perniagaan terjejas usahawan juga terjejas justeru mereka tak mampu bayar balik pembiayaan,” katanya.

Beliau yang ditemui pada program Kembara Sukses Hijrah Selangor 2023 di sini semalam berkata pihaknya memahami situasi dialami usahawan dan menawarkan pelan pemulihan pembiayaan bagi menyelesaikan perkara itu.

“Kita sediakan bantuan moratorium dan khidmat kaunseling kepada usahawan yang berdepan masalah.

“Mereka boleh datang dan kita jadualkan semula bayaran pembiayaan kerana kita yakin mereka yang berniat baik akan buat bayaran balik dengan sempurna,” katanya.

Kembara Sukses Hijrah 2023 merupakan inisiatif agensi itu mendokumentasikan pencapaian usahawan yang membuat pinjaman dalam bentuk penulisan dan video yang menampilkan prestasi cemerlang peserta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619