ADN

Lebih 370 individu terima pek makanan asas Yayasan Mesra Selangor

6 Mac 2023, 8:59 AM
Lebih 370 individu terima pek makanan asas Yayasan Mesra Selangor

OLEH SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 6 MAC: Lebih 370 individu menerima pek makanan asas sumbangan Yayasan Mesra Selangor pada program Karnival Mesra Selangor 2023 semalam.

EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail berkata penerima terdiri dalam kalangan asnaf, ibu tunggal dan keluarga berpendapatan rendah (B40) kawasan Parlimen Ampang.

Menurut beliau, program berkenaan juga dianjurkan bagi membolehkan pelbagai agensi mendekati masyarakat selain berfungsi sebagai pusat perkhidmatan setempat.

"Karnival ini kita buat agar dapat memudahkan agensi-agensi untuk menjangkau masyarakat.

"Hari ini, pelbagai perkhidmatan ada di sini, kita satukan ala pusat setempat (one stop center)," katanya dalam ucapan penyerahan sumbangan berkenaan.

Pada program tersebut, lebih 1,000 cermin mata bacaan diberi secara percuma kepada pengunjung selain pertandingan sukan rakyat dan juga persembahan silat cekak, taekwondo dan silambam.

Karnival yang julung kali diadakan itu turut menampilkan pameran serta reruai pelbagai agensi seperti pusat dialisis, saringan kesihatan, INSAN, SOCSO, KWSP, PDRM, BOMBA, Pejabat Khidmat Masyarakat Parlimen Ampang, Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS), Yayasan Hijrah serta KOHIJRAH.

Program turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mesra Selangor Zahariman Ariffin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Fauzi Mohd Yatim dan Pengerusi Titijaya Berhad, Tan Sri Dato Lim Soon Peng.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619