AGENDA

Kes curi kenderaan di PJ meningkat setakat Februari, 13 individu ditahan

2 Mac 2023, 11:23 AM
Kes curi kenderaan di PJ meningkat setakat Februari, 13 individu ditahan

PETALING JAYA, 2 MAC: Kes curi kenderaan di daerah ini merekodkan peningkatan sebanyak 20.7 peratus bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata sebanyak 82 kes kehilangan kenderaan dicatatkan bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini berbanding 65 kes tempoh yang sama tahun lepas.

"Dalam tempoh yang sama, seramai 13 individu juga ditahan dan sebanyak lapan kenderaan berjaya dirampas," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran papan tanda keselamatan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia dan Carsome di Lembah Subang, hari ini yang turut dihadri Ketua Pegawai Eksekutif Carsome Academy Teoh Jiun Ee.

Sementara itu, Mohamad Fakhrudin berkata jalinan kerjasama berkenaan merupakan antara usaha membantu pihak polis dalam mencegah jenayah itu di daerah berkenaan.

Katanya syarikat Carsome akan menaja pemasangan sebanyak 34 papan tanda mesej keselamatan di kawasan-kawasan hotspot sekitar daerah berkenaan seperti di Desa Menteri, SS2, Mentari Court, Flora Damansara dan di Lembah Subang yang dikenalpasti sering berlaku jenayah itu. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619