ADN

Tiga masjid, 29 surau Pandan Indah terima RM67,000 jaya program Ramadan

1 Mac 2023, 5:18 AM
Tiga masjid, 29 surau Pandan Indah terima RM67,000 jaya program Ramadan

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 1 MAC: 32 rumah ibadat sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandan Indah akan menerima sumbangan kemasyarakat berjumlah RM67,000 daripada Kerajaan Negeri sempena Ramadan tahun ini.

Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Nariza Zain berkata bantuan akan diserahkan pada 18 Mac itu memperuntukkan RM9,000 kepada tiga masjid dengan setiap satu menerima RM3,000 manakala RM58,000 untuk surau (RM2,000 setiap satu).

"Sumbangan akan dibuat dalam majlis hi-tea dan jawatankuasa masjid serta surau boleh menggunakannya untuk aktiviti sepanjang Ramadan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nariza memberitahu PKM DUN Pandan Indah juga akan membuka permohonan baucar RM200 Jom Shopping Aidilfitri bermula 6 Mac ini.

"Borang permohonan boleh diisi di pejabat PKM DUN dan penyerahan akan dibuat 10 hari sebelum hari lebaran.

"Kita belum tahu kuota penyerahan baucar bagi tahun ini namun tahun lepas seramai 750 penduduk menerimanya," ujarnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619