AGENDA

Tiga templat Inisiatif Pendapatan Rakyat noktahkan kemiskinan tegar

26 Feb 2023, 7:39 AM
Tiga templat Inisiatif Pendapatan Rakyat noktahkan kemiskinan tegar
Tiga templat Inisiatif Pendapatan Rakyat noktahkan kemiskinan tegar
Tiga templat Inisiatif Pendapatan Rakyat noktahkan kemiskinan tegar

HULU LANGAT, 26 FEB: Tiga templat bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bakal mewujudkan ekosistem mampan kepada golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah (B40) untuk keluar daripada belenggu kemiskinan.

Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli berkata tiga templat itu merangkumi Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

Beliau menjelaskan INTAN bakal menyelesaikan masalah kekurangan bahan mentah dan jaminan makanan  dengan menambah bekalan setempat dan tanaman dalam sektor strategik.

[caption id="attachment_568647" align="aligncenter" width="717"] Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli menyampaikan ucapan ketika Majlis Pelancaran Inisaitif Pendapatan Rakyat di Ampang Jaya pada 26 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI[/caption]

“Antara yang akan disediakan kerajaan termasuk tanah, latihan kemahiran dan perniagaan, prasarana dan teknologi pertanian, sokongan pemasaran, padanan dengan pembeli, pendapatan melalui koperasi dan elaun bulanan sementara menerima hasil tuaian.

“Menerusi INSAN, penerima terlibat akan menyediakan makanan siap dan meletakkannya dalam mesin ‘vending’ yang disediakan contohnya dengan harga jualan RM2 setiap makanan. Ini akan menyelesaikan masalah ekonomi harian susulan harga makanan siap dimasak yang mahal.

“Melalui IKHSAN, kesukaran mencari pekerja untuk khidmat tertentu serta kebergantungan kepada pekerja asing dalam operator perkhidmatan dapat dikurangkan dengan melantik penerima miskin tegar B40 dari IPR,” katanya.

[caption id="attachment_568646" align="aligncenter" width="740"] Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli (tengah) bersama Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari (dua kiri) dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (dua kanan) memotong reben melancarkan Inisaitif Pendapatan Rakyat di Ampang Jaya pada 26 Februari 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/ SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan IPR di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka di sini, hari ini.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Katanya menerusi setiap templat, ekosistem akan diwujudkan dengan mewajibkan mereka untuk menyertai dalam Koperasi Basmi Miskin Tegar (KOBMIT) selain bimbingan berterusan daripada pembimbing komuniti.

“Selain itu, tempoh masa penjanaan pendapatan peserta turut dibimbing dan dikawal selia dalam tempoh 24 bulan serta mewujudkan padanan pendapatan mengikut templat berdasarkan rantaian permintaan setempat,” katanya.

Rafizi berkata tahun ini disasarkan 100,000 penerima daripada isi rumah miskin tegar dan B40 mendapat manfaat daripada IPR.

“Seramai 126,372 isi rumah miskin tegar berdaftar di dalam e-Kasih setakat ini selain 2.91 juta isi rumah di dalam kategori B40,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619