AGENDA

Bernas sumbang 30 peratus untung bersih kepada pesawah

24 Feb 2023, 9:53 AM
Bernas sumbang 30 peratus untung bersih kepada pesawah

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 24 FEB: Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bersetuju membuat perkongsian keuntungan daripada import beras dengan menyumbang 30 peratus keuntungan bersih kepada pesawah.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syarikat tersebut juga bersetuju menyumbang sejumlah dana RM60 juta bagi membantu pesawah miskin.

"Saya sekali lagi ucap terima kasih dan penghargaan atas kesudian Bernas untuk menyumbang sejumlah dana bagi membantu para pesawah miskin.

"Ini tentunya dapat membantu dan menambah keperluan hidup para pesawah," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Menurut Anwar kerajaan juga meneruskan penyaluran pelbagai subsidi dan insentif seperti harga padi, baja padi dan padi huma dengan peruntukan RM1.6 bilion.

"Sumbangan tunai ini turut diberikan kepada pesawah padi sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh tiga bulan atau semusim melibatkan 240,000 pesawah dengan peruntukan RM228 juta," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619