AGENDA

PM mendoakan calon SPM capai kejayaan

19 Feb 2023, 3:04 PM
PM mendoakan calon SPM capai kejayaan

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 mulai esok.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Perdana Menteri turut mendoakan semoga usaha dan kegigihan calon SPM 2022 akan memberikan kejayaan yang bermakna.

“Selamat menduduki peperiksaan SPM. Selamat maju jaya,” katanya menerusi satu poster dalam hantaran itu.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan SPM 2022 dilaksana dari 30 Jan hingga 15 Mac depan membabitkan ujian amali sains, ujian bertutur, ujian mendengar dan peperiksaan bertulis.

Kenyataan itu menyebut seramai 403,637 calon akan menduduki peperiksaan bertulis yang diadakan di antara 20 Feb hingga 15 Mac.

Menurut KPM, seramai 131,318 petugas dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu manakala sebanyak 3,355 pusat disediakan di seluruh negara.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619