AGENDA

Polis tahan 15 lelaki disyaki terlibat kes samun di Nilai, Kajang

15 Feb 2023, 10:19 AM
Polis tahan 15 lelaki disyaki terlibat kes samun di Nilai, Kajang

SEREMBAN, 15 FEB: Polis menahan 15 lelaki disyaki terlibat kejadian samun dan memecah masuk kedai di sekitar Nilai, dekat sini dan Kajang, Selangor dalam operasi selama sembilan hari sejak 26 Jan lepas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata kesemua yang berusia lingkungan 25 hingga 41 tahun itu ditahan menerusi ‘Op Tajam Mantin’ dan dipercayai aktif dalam kegiatan berkenaan di sekitar Mantin sejak pertengahan tahun lepas.

Beliau berkata kumpulan berkenaan amat agresif dalam melakukan jenayah samun berkumpulan dengan setiap mereka akan menggunakan parang manakala mangsa kebanyakannya diikat.

“Semua tangkapan mempunyai rekod lampau melibatkan kes samun, pecah rumah, curi kenderaan, pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah.

“Dengan penahanan mereka, polis percaya berjaya menyelesaikan 18 kes disyaki dilakukan kumpulan ini iaitu 13 kes di Negeri Sembilan manakala lima lagi di Selangor membabitkan keseluruhan kerugian berjumlah RM231,631.50,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya negeri untuk pertuduhan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah, Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana melupuskan harta curi dan Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal menjelaskan wang dalam akaun.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619