AGENDA

6 maut, 8 cedera nahas van di laluan turun Genting Highlands - Kuala Lumpur

8 Feb 2023, 10:53 AM
6 maut, 8 cedera nahas van di laluan turun Genting Highlands - Kuala Lumpur
6 maut, 8 cedera nahas van di laluan turun Genting Highlands - Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 8 FEB: Enam maut dan lapan cedera selepas van persiaran yang dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 4.8 di laluan turun Genting Highlands - Kuala Lumpur dekat sini, tengah hari tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dalam kenyataan memaklumkan laporan kemalangan diterima pada jam 1.15 tengah hari.

Menurut kenyataan itu, seramai 14 individu menaiki van berkenaan terdiri 12 wanita dan dua lelaki.

Van terbabit dipercayai terbabas mengakibatkan enam daripada penumpang maut di lokasi, lapor Berita Harian.

[caption id="attachment_565123" align="aligncenter" width="459"] Anggota bomba menjalankan operasi menyelamat selepas enam maut, lapan cedera dalam nahas van persiaran yang terbabit kemalangan di Kilometer 4.8 laluan turun Genting Highlands - Kuala Lumpur pada 8 Februari 2023. Foto Facebook JBPM Pahang[/caption]

"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan penyelamatan.

"Mangsa yang cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke hospital bagi menerima rawatan lanjut," katanya.

Katanya kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada lima wanita dan seorang lelaki.

Mereka yang menaiki van dikatakan kumpulan pelancong dari Pulau Pinang dan selesai mengunjungi Genting Highlands.

Lapan mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Bentong dan Hospital Kuala Lumpur.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619