AGENSI

103,655 pengguna daftar aplikasi CEPat babit lebih 2 juta transaksi

7 Feb 2023, 12:30 PM
103,655 pengguna daftar aplikasi CEPat babit lebih 2 juta transaksi

SHAH ALAM, 7 FEB: Seramai 103,655 pengguna berdaftar dengan aplikasi pembayaran elektronik berpusat Citizen E-Payment (CEPat) sejak diperkenal pada 2019.

Pengarah urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) berkata penggunaan aplikasi tanpa tunai itu membabitkan 2.18 juta transaksi setakat 31 Disember lalu.

"Jumlah penggunaan aplikasi ini bertambah dari semasa ke semasa. Kita terus mempergiatkan promosi supaya lebih ramai rakyat Selangor memuat turun dan menggunakannya," kata Ahmad Akmal Hamzah ketika dihubungi.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya akan memperkenalkan modul pembayaran cukai tanah dan petak sebagai fungsi tambahan dalam aplikasi tersebut.

"Untuk penambahbaikan, kita akan lancarkan modul pembayaran oleh Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS). Di pihak SSDU kita sudah bersedia, cuma menunggu pengumuman PTGS bila ia boleh mula digunakan," katanya.

Dilancar pada 1 Ogos 2019, CEPat menawarkan kemudahan permohonan lesen, bayaran cukai taksiran, kompaun, parkir dan bayaran bil utiliti.

Sehingga kini terdapat 62 perkhidmatan ditawar dalam aplikasi berkenaan meliputi 11 pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tujuh medium pembayaran tersedia untuk pilihan pengguna.

Transaksi tanpa tunai itu boleh dimuat turun melalui PlayStore bagi pengguna Andorid dan AppStore bagi iOS.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619