AGENDA

Pemain Selangor FC bina keserasian ketika kalah di tangan Penang FC

7 Feb 2023, 10:18 AM
Pemain Selangor FC bina keserasian ketika kalah di tangan Penang FC

SHAH ALAM, 7 FEB: Pasukan bola sepak Selangor menjadikan kekalahan di tangan Penang FC dalam kejohanan Piala Harapan 2023 sebagai medan membina keserasian pemain.

Pengendalinya Tan Cheng Hoe berkata anak buahnya masih keletihan selepas menyingkirkan Kedah Darul Aman FC di pentas perlawanan persahabatan pada Jumaat lalu.

"Menerusi dua perlawanan sebelum ini kita nampak banyak positif daripada negatif dan untuk latihan seterusnya di Bangkok saya rasa masih dalam peringkat persediaan pasukan.

"Untuk perlawanan pra musim (Bangkok) kita cuba mendapatkan ramuan dan keserasian terbaik untuk pasukan ini," katanya menerusi video di Facebook Selangor FC.

Cheng Hoe yang juga bekas pengendali Harimau Malaya berkata pemain akan dinilai berdasarkan tahap kecergasan pada dua perlawanan persahabatan menentang Ratchaburi FC dan PT Prachuap akan datang.

"Kita akan menilai setiap pemain daripada segi tahap kecergasan kerana kita tidak mahu mereka bermain dalam keadaan keletihan memandangkan ada dua lagi perlawanan nanti.

"Perjalanan semalam (ke Bangkok) agak jauh dan kita hari ini ada sesi latihan dan mungkin dua hari lagi ada perlawanan persahabatan, kita harap pemain dapat meningkatkan prestasi mereka," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619