AGENDA

Empat rumah musnah kebakaran di Taiping

4 Feb 2023, 6:02 AM
Empat rumah musnah kebakaran di Taiping

IPOH, 4 FEB: Empat rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Taman Pertama, Aulong dekat Taiping pagi tadi.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Taiping berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9. 01 pagi dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dibantu BBP Bagan Serai dan Kamunting bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, empat rumah kelas B berkeluasan 60x20 sedang terbakar dan operasi mengawal kebakaran segera dilakukan agar tidak merebak ke rumah lain.

“Ketika operasi, anggota bomba berdepan cabaran besar iaitu angin bertiup kencang dan kami gunakan dua aliran 200 kaki (60.96 meter) empat pancutan bersumberkan pili bomba dan berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati empat rumah musnah dengan peratusan kebakaran 80 hingga 95 peratus.

“Tiada mangsa cedera dalam kejadian ini dan pihak bomba masih menyiasat punca kejadian dan anggaran kerugian belum dapat dipastikan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619