AGENDA

Pegawai pergigian, farmasi kontrak 2016, 2017 boleh mohon jawatan tetap

27 Jan 2023, 4:34 AM
Pegawai pergigian, farmasi kontrak 2016, 2017 boleh mohon jawatan tetap

KUALA LUMPUR, 27 JAN: Pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak bagi 2016 dan 2017 boleh memohon jawatan tetap melalui Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Sistem SPA9) mulai 30 Jan hingga 12 Feb ini, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan proses itu susulan urusan pengambilan jawatan tetap pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan 2018 hingga 2020 yang telah dibuka menerusi Sistem SPA9 dari 6 hingga 21 Jan lepas.

"Seramai 242 pegawai pergigian dan 321 pegawai farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 layak memohon jawatan tetap yang ditawarkan.

"Pegawai lantikan kontrak yang berkenaan disarankan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk berdaftar atau mengemas kini maklumat permohonan dalam sistem SPA9," menurut kenyataan itu.

KKM turut berharap pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak 2016 dan 2017 dapat membuat persediaan sewajarnya bagi urusan pengambilan itu.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619