AGENDA

Kaunter PTGS baharu di tingkat 1, Foyer SUK mulai Februari

26 Jan 2023, 1:39 PM
Kaunter PTGS baharu di tingkat 1, Foyer SUK mulai Februari

SHAH ALAM, 26 JAN: Kaunter Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) yang baharu akan beroperasi sepenuhnya di tingkat 1, Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula Februari depan.

Pengoperasian secara berpusat itu menempatkan 46 kaunter berbanding sebelum ini sebarang rundingan dijalankan di aras bawah tanah (LG) dan empat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato’ Haris Kasim berkata pejabat PTGS baharu itu asalnya merupakan milik Jabatan Kerja Raya (JKR) tetapi telah berpindah ke Seksyen 17.

"Pejabat PTGS yang baharu ini diubah suai dan diinovasikan semula supaya dapat memberi ruang selesa kepada kakitangan untuk berurusan dengan pelanggan.

"PTGS memberi sumber utama kepada Kerajaan Negeri dan perlu diperkukuh supaya dapat beri perkhidmatan lebih baik untuk pelanggan. Dengan pengubahsuaian pejabat kepada satu aras ini dapat membantu kira-kira 800 hingga 1,000 pelanggan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan kerja pengubahsuaian pejabat baharu PTGS di Foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Dalam pada itu, Haris menjelaskan Kerajaan Negeri mempunyai perancangan membina sendiri pejabat tanah pada masa akan datang.

"Kerajaan Negeri merancang bina sendiri pejabat tanah secara bersendirian dalam jangka masa panjang kerana urusan di PTG semakin berkembang dan ada keperluan sendiri.

"Setakat ini di peringkat Kerajaan Negeri telah bersetuju dan kini sedang menjalankan perbincangan lanjut," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619